RSS

LnP01.02 : Laksanakan Pemasangan Kad Rangkaian Komputer

A : BAHAN

1. Set Komputer

Set Sebuah Komputer

 

Komputer adalah satu alat ciptaan sains dan teknologi yang merupakan satu mesin elektronik yang boleh menerima arahan atau data digital, memprosesnya, menyimpan dan mengeluarkan hasil dari data yang diproses. Sebuah sistem komputer boleh dikatakan sebagai suatu mesin atau sebuah alat elektronik atau alat elektronik yang boleh melakukan operasi Arithmatik, Logik , Kawalan dan Memproses Data. Kesemua operasi tersebut dilakukan setelah menerima arahan daripada pengguna.

2. Kad Rangkaian Komputer

Kad Rangkaian Komputer (Network Interface Card) merupakan penyambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan Kad Rangkaian Komputer dimasukkan dalam komputer pada salah satu slot tambahan. Kad Rangkaian Komputer adalah penentu bagi kelajuan dan kecekapan sesuatu rangkaian. Adalah lebih baik menggunakan Kad Rangkaian Komputer yang laju mengikut jenis rangkaian yang digunakan. Secara umumnya, sesebuah kad rangkaian berfungsi untuk:

  1. Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian
  2. Menghantar data ke komputer yang lain
  3. Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung.

B. BAHAN

1. Pemutar Skru Mata Phillips Dan Mata Rata

 

Pemutar Skru Mata Philips dan Mata Rata

Terdapat dua jenis pemutar skru yang biasa digunakan dalam kerja-kerja pembangunan rangkaian iaitu:

  1. Pemutar skru mata phillips

Digunakan untuk mamasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk palang.

  1. Pemutar skru mata rata

Digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk alur.

 

Kedua-dua jenis pemutar skru ini diperbuat daripada keluli keras manakala saiznya ditentukan oleh panjang batangnya dan lebar hujung matanya. Kebiasaannya digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru.

2.  Driver Kad Rangkaian Komputer

 

Driver Kad Rangkaian Komputer

Setiap unit kad rangkaian komputer akan disertakan dengan cd driver masing-masing. Driver perlu dipasang bagi membolehkan kad rangkaian komputer berfungsi dengan sempurna. Langkah-langkah memasang driver  akan tertera secara automatik sejurus selepas cd driver dimasukkan. Pada masa kini, driver bagi kad rangkaian komputer juga boleh dimuat turun melalui internet.

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: