RSS

LnP 02.01

Tajuk : Laksanakan Pemasangan Patch Kabel (Twisted Pair)

Helaian Rujukan

Kabel adalah pengantara bagi pergerakan data dari satu peralatan rangkaian ke satu peralatan rangkaian yang lain.  Terdapat beberapa jenis kabel yang biasanya digunakan dengan LAN.  Untuk sesetengah kes, rangkaian hanya menggunakan hanya satu jenis kabel tetapi kebanyakan rangkaian menggunakan pelbagai jenis kabel.  Jenis kabel yang dipilih untuk rangkaian adalah bergantung pada topology, protokol dan saiz yang digunakan.  Memahami ciri-ciri pelbagai jenis kabel dan bagaimana ia berhubung kait dengan rangkaian amat penting untuk membina rangkaian rangkaian yang baik.

A1 :Kabel UTP (Untwisted Pair)

Kabel UTP (Untwisted Pair)

Kabel UTP (biasanya CAT5e atau CAT6)  mengandungi lembaran wayar yang kecil di dalamnya. Sebelum UTP disambungkan ke penyambung (connector) iaitu RJ-45, lembaran wayar UTP kabel tersebut perlulah disusun mengikut susunan warna mengikut standard yang tertentu. Standard penyambungan ini terbahagi kepada kepada 2 katogari iaitu penyambungan straight cable dan cross cabel.

TWISTED-PAIR CABLE

i.       Kabel Pasangan berlingkar atau Twisted pair adalah kabel yang digunakan di dalam rangkaian komputer. Kabel ini menggunakan spesifikasi 10BaseT di dalam kebanyakan jenis rangkaian kabel twisted pair yang popular. Panjang segmen maksimum bagi kabel ini ialah 100 meter. twisted pair mengandungi dua wayar kuprum yang berpenebat. Spesifikasi twisted pair bergantung kepada jumlah bila ngan pintal bagi setiap 12 inci panjang kabel. Twisted pair juga banyak digunakan di dalam pendawaian telefon.Twisted pair digunakan untuk sambungan ethernet, kabel twisted pair yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilih. Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data. RJ45 adalah penyambung kepada kabel twisted pair.

ii.       Dua jenis kabel twisted – pair yang biasa digunakan ialah :-

a)  Unshielded Twisted Pair (UTP)

              b)  Shielded twisted pair (STP).
1.1   Unshielded Twisted Pair (UTP)

i.       Kabel UTP adalah medium yang sering kali digunakan dalam rangkaian computer. Modem Ethernet adalah salah satu peralatan yang digunakan bagi menyalurkan data rangkaian.yang terdiri daripada tembaga yang berpintal.  Kabel ini digunakan dalam pelbagai rangkaian dan mempuyai lapan kabel dan disaluti oleh bahan jaket penebat. Selain itu ianya berpintal mengikut warna yang telah ditetapkan.

i.       Kabel UTP perlu disambugkan dengan menggunakan penyambung yang dinamakan RJ-45. Dan digunakan untuk menyambung komputer ke Local Area Network (LAN).RJ45 ialah singkatan kepada Register Jack.Ada beberapa jenis RJ antaranya RJ11, RJ14, RJ21, RJ25, RJ45, RJ48 dll. Terdapat banyak jenis RJ , tetapi yang sering digunakan adalah RJ11 dan RJ45.
1.2.  Shielded Twisted Pair (STP)

i.       Shielded Twisted Pair (STP)ialah kabel Twisted Pair yang mempunyai pelindung/shield. STP tidak sesuai digunakan untuk persekitaran yang dikelilingi oleh peralatan elektrik. STP sering digunakan untuk rangkaian yang menggunakan Token Ring Topology. Keburukkan atau kekurangan penggunaan STP ialah penghantaran data melaluinya boleh terganggu oleh signal dari radio dan elektrical interference.Namun, pemasangan kabel STP juga boleh menggunakan penyambung RJ sama yang menggunakan UTPiaitu penyambungan RJ-45.

   i.       Berikut merupakan cirri kabel STP :-

a)  Kelajuan dan throughput-10 hingga 100 Mbps
b)  Kos untuk memasang adalah sangat tinggi
c)  Maksimum panjang kabel adalah 100 meter
Pemasangan twisted pair cable terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

Straight Cable

  • sambungan komputer ke switch/hub
  • sambungan komputer ke DSL modem
  • sambungan router WAN port ke DSL modem
  • sambungan router LAN port ke switch/hub
  • sambungan switch ke switch melalui port uplink kepada normal port

Crossover Cable

  • sambungan komputer kepada komputer
  • sambungan router LAN port kepada switch/hub normal port
  • sambungan switch/hub normal port kepada normal port switch hub yang lain

 

A2 : Pita Pengukur

Pita Pengukur

Fungsinya ialah untuk mengukur panjang kabel UTP yang hendak dipotong.

A3 : Penyambung RJ 45

Penyambung RJ 45

RJ merupakan singkatan daripada Registered Jack. Alat ini bertindak sebagai media yang menyambungkan kabel ke kad antara muka rangkaian.

A4 : Cutter

Cutter

Alat ini bertindak sebagai media untuk memotong  kabel rangkaian.

A5 : Stripper

Stripper

Alat ini digunakan untuk memotong dan membuang penebat luar bagi merapikan kabel agar lebih mudah dimasukkan kedalam liang connector RJ-45.

A6 :Crimping Tool

Crimping Tool

Berfungsi sebagai alat menyatukan dan mengepit kabel dengan connector RJ45, selain itu juga ia digunakan untuk memotong kabel.

A7 :Cabel Tester

Cabel Tester

Berfungsi untuk menguji dan memastikan sambungan kabel adalah tepat dan berfungsi dengan baik sebelum digunakan.

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: