RSS

10BaseT

Title :10BaseT

10 BaseT cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibiliti dan realibiliti dalam penggunaanya.

Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan rangkaian UTP adalah lebih “reliable” jika hendak dibandingkan dengan sambungan coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak membantu dalam memperbaiki “data errors” dalam sambungannya. Selain dari itu UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian “down” jika salah satu komputer atau sambung cabling rosak (berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan seluruh network “down” hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak)

Dari segi sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T.

Huruf T pada perkataan 10Base-T adalah membawa makna “twisted” iaitu jenis sambungan UTP(unshielded twisted pair) kabel yang digunakan.
Biasanya ada dua jenis cabling yang digunakan untuk sambungan 10Base-T seperti berikut:-
i) Straight through cable
ii) Crossover cable

Straight through cable digunakan untuk sambungan seperti berikut :-
* Sambungan dari router kepada hub/switch.
* Sambungan dari server kepada hub/switch.
* Sambungan dari workstation kepada hub/switch.

Crossover cable pula digunakan untuk sambungan seperti berikut :-
* Sambungan uplink antara switch.
* Sambungan hub kepada switch.
* Sambungan hub kepada hub lain.
* Sambungan network terus antara dua komputer (tanpa hub/switch).
* Sambungan router interface kepada router interface yang lain.

Attenuation pada 10BaseT
Satu perkara yang perlu diambil kira pada pengukuran jarak kabel 10Base-T adalah attenuation.Attenuation adalah pengecilan amplitud sesuatu isyarat apabila melalui satu medium yang menghilangkan tenaganya. Dalam kes 10Base-T attenuation yang dibenarkan adalah 11.5dB yang diukur dari satu hujung kabel tersebut dengan menggunakan testing device. Secara amnya kabel Cat 5 mempunyai attenuation sebanyak 10dB per 500 kaki pada frekuensi 10MHz.Maka jarak maksimum setelah dikira termasuk patch cable dan patch panel sambungan Cat 5 boleh dikatakan tidak boleh melebihi 150m iaitu lebih kurang 490kaki.

Perbandingan Thinnet 10Base2 dengan Unshielded Twisted Pair 10BaseT

10Base2
Harga kabel
Lebih mahal sedikit dari 10BaseT
Panjang maksimum
185 meter *
Kelajuan
4-100Mbps
Kesan terhadap Interference
Kurang terdedah
Lain-lain
Komponen elektroniks lain amat murah
SItuasi terbaik untuk digunakan
Rangkaian sederhana ke besar yang memerlukan kadar sekuriti yang tinggi

Ciri-ciri
UTP (10BaseT)
Harga kabel
Murah
Panjang maksimum
100meter *
Kelajuan
4-100Mbps
Kesan terhadap Interference
Sangat terdedah
Lain-lain
Memerlukan hub/switch (kos lebih mahal)
SItuasi terbaik untuk digunakan
Site yang kecil hingga sederhana

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: